Utm DihatiKu

Powered by Blogger.
RSS

Sunday, November 7, 2010

Hari Penting Bg Aku

keadaan dalam dewan exam nanti..seriusnya

Tanggal 12 november 2010 ari penting bagi aku dan kawan-kawan seangkatan 3 sbw...hehehe bermulalah peperiksaan bagi semester ini..gementar jugak rasenye.yelaah dah nak sampai ke penghujung dah aku menghabiskan degree aku..(4tahun semunya)

Dalam banyak-banyak exam exam kat universitilah boleh dikatakan senang sikit berbanding di sekolah dahulu tensionnye lain macam..

Jangan tiru aksi ini sudah dalam exam ikhlas yang penting

Berbalik cerita pada keesokkanya,(exam) dah abeh seminggu aku study week yang examnye 3 paper jeeq..xmacam course lain banyak paper yang xtahannya subject studio membuatkan aku xda masa nak jumpa waktu siang..jumpa waktu malam jee punyerlaa busy mengalahkan menteri-menteri di Putrajaya..Hahah

3 subject yang aku semester ini xdala tough sangat macam tahun sebelumnya management(banyak menghafal)metropolitan(banyak hafal)dan rural planning(same jugak banyak hafal)memang hafal semualah...

xtahulah esok camne rasenye daa study cikit..cikit jelaa mane tahukan buatnye esok jam..abehla aku..

tapi cuba yang terbaiklah untuk masa depan..
yang penting usaha ada..
good luck for my friend 3sbw..
aku mintak maaflah kalau ada tersilap kata,terlebih perbuatan
semoga berjaya dalam hidup masing-masing..hehehhe

Sekian terima kasih




Saturday, November 6, 2010

Dunia di Penghujung uSia


Dunia semakin sampai ke penghujungnya
xmustahil jika negara kita sendiri akan ditimpa bencana akibat tangan manusia-manusia yang sombong,bongkak,lupa akan nikmat Allah s.w.t

Dunia menghampiri ke penghujungnya?
bagaimana bekalan kita semua untuk mengadap pencipta..?
bagaimana pula nasib saudara seagama kita?
kita masih leka dengan permainan dunia...

maksiat berleluasa
hiburan di merata-rata
anak-anak ramai yang derhaka
ibu-bapa ramai yang alpha
golongan kaya makin tamak dengan harta
bertambahnya golongan yang murka
golongan agama sebahagianya menjadi diktator pemerintah
timbulnya fitnah dimerata-rata

Apakah kesudahan kemusnahan ini?
tentunya hari kemusnahan akan menemui kita
di mana hari pengadilan bagi golongan manusia

Dimanakah pengekalan abadi kita di sana?
neraka atau syurga?
fikirlah nasib di sana..
fikirlah sejenak,.bahwa dunia sudah tua untuk menampung dosa-dosa manusia...

berbuat baiklah kamu sebagaimana Allah berbuat baik terhadap kamu..jangan kamu binasakn bumi ini dengan kemungkaran kita...

sekian terima kasih

Wednesday, November 3, 2010

Ragam Manusia

Sedih..semestinya hidup dilanda kesedihan


gembira



keliru haha



ego..hik3

Mungkin kita menilai seseorang dari pelabagai sudut
ada yang suka ketawa,suka menangis,suka menggunakan ayat kasar,ego yang tinggi dan sebagainya,mari kita lihat mimik muka seseorang pada manusia mungkin kita sebahagian daripada mereka?



diam..sape eak?

Manakah diri anda?cuba penjamkan mata fikirlah hidup yang bahgia..hidup hanya sekali..senyum selalu..hik3










Monday, October 11, 2010

Pengalaman sepanjang soal selidik

Sepanjang melakukan kajian soal selidik di jalan Chamang 12 dan 13 banyak pengalaman menarik yang diperolehi antaranya akan diceritakan sebagai salah satu coretan diari sepanjang menjalankan "survey".
Menjalankan "survey"di rumah kos rendah di sekitar Perling.Tentunya jika melakukan sebarang kajian di bandar besar akan timbul masalah yang di hadapi oleh kami iaitu tidak mendapat kerjasama yang sewajarnya dari penduduk setempat,waktu yang tidak sesuai untuk menjalankan "Survey" serta cara mengawal dan memulakan sesi "survey"berlainan jika hendak di bandingkan dengan kawasan kampung.

Persoalan ini mungkin menjadi perkara topik dalam mengutarakan kajian ini.Pertamanya bermula dengan "survey"di jalan Chamar lama,jika saya lihat keadaan semasa di kawasan apartment kos rendah tersebut dapat digambarkan bahawa keadaan sekeliling yang kurang bersih serta selenggaraan kawasan tempat tinggal jauh ketinggalan jika hendak dibandingkan dengan kemajuan yang dikecapi di Johor Bharu.

Bermula dari rumah ke rumah yang disoal selidik banyak perkara baru yang di pelajari antaranya respon tuan rumah dengan saya yang tidak menyenangkan..Tidak menggunakan bahasa yang baik,layanan yang kurang baik bagi sesetengah rumah.ada juga rumah yang memberi layanan baik sebahagiannya rumah kosong dan tuan rumah yang keluar bekerja.

Tetapi dalam banyak-banyak rumah disoal selidik ada sebauah rumah yang istimewa yang kami kunjungi..(hehehe)..best gile dapat bertandang ke rumah seorang suri rumah yang bermurah hati menjemput untuk beraya di rumah mereka(masih dalam bulan Syawal,k)dengan layanan yang saya anggap cukup baik,respon terhadap yang sangat memuaskan..tidak lupa juga sempat memberi duit raya(haha rm 10 banyak tue)..Kenangan sepanjang soal selidik memberi gambaran situasi yang dihadapi oleh saya dan rakan-rakan yang banyak memberi pengajaran yang berguna dalam menghadapi situasi realiti dalam menjalankan soal selidik.Tidak lupa juga status hidup,ekonomi dan kesuntukan masa menyebabkan wujudya masalah di kalangan rumah kos rendah..sekian terima kasih...Assamualaikum...

Thursday, September 30, 2010

Jasa insan mulia kekasih ALLAH pd umatnya

Dalam kita menjalani kehidupan yang semakin hampir pada penghujungnya,,,mungkin kita selalu leka dengan mainan dunia..lalai dlm menunaikan tanggungjawab,tidak berbuat baik pada ibu-bapa,slalu melakukan dosa besar mahupun dosa kecil(termasuk dengan aku)..dlm kita tidak sedar bahwa kita lupa tentang insan yang plg banyak berjasa dengan umatya,,,insan yang pernah dikutuk,di hina,dicederakan demi menyampaikan agama ALLAH...besarnya pengorbanan mu..Ya Rasulullah..ak sedih dengan pemergianmu...engkau tiada beribu-berbapa,ko teguh imanmu tika di landa masalah...di saat pemergianmu....

luar pintu terdengar seorang yang berseru mengucapkan salam...

"Bolehkah saya masuk?"tanyanya,Tapi fatimah tidak mengizinkannya masuk..


"jawab Fatimah maaflah,ayahku sedang demam"kata fatimah yang membalikkan badan dan menutup pintu

kemudian ia kembali menemani ayahnya yang ternyata sudah membuka dan bertanya pada Fatimah

"Siapakah itu wahai anakku?"


"Tak tahulah ayahku orangnya sepertinya baru sekali melihatnya"tutur

Fatimah lembut.

Lalu,Rasulullah menatap puterinya itu dengan pandangan yang menggetarkan.Seolah-olah bahagian wajah anaknya itu hendak dikenangkan.

"ketahuilah bahawa dialah yang menghapuskan kenikmatan sementara dialah yang memisahkan pertemuan di dunia,Dialah malaikat maut"kata Rasulullah
Fatimah menahan ledakkan tangisnya.

Malaikat maut telah datang menghampiri, Rasulullah menanyakan kenapa Jibril tidak menyertainya ,kemudian di panggillah jibril yang sebelumnya sudah bersiap di atas langit dunia menyambut roh kekasih ALLAH dan penghulu dunia ini.

"Jibril jelaskan apa hakku nanti di hadapan Rasulullah dengan suara yang amat lemah.

"pintu-pintu langit telah terbuka para malaikat telah menanti rohmu.Semua syurga terbuka lebar menanti kedatanganmu"kata Jibril

Tapi semua penjelasan Jbril itu tidak membuat Rasul lega matanya masih penuh kecemasan dan tanda tanya.

"Engkau tidak senang mendegar khabar ini?tanya Jibril lagi.

"Khabarkan kepadaku bagaimana nasib umatku kelak sepeninggalanku?

"Jangan khuatir wahai Rasulullah aku pernah mendegar ALLAH berfirman kepadaku
"Ku haramkan syurga bagi siapa saja kecuali umat Muhammad telah berada di dalamnya.

Detik-detik kian dekat saatnya Izrail melakukan tugas,perlahan-lahan roh Rasulullah ditarik nampak seluruh tubuh Rasulullah bersimbah peluh urat-urat lehernya menegang.

"Jibril betapa sakinya sakaratul maut ini"Perlahan terdegar desisan suara Rasulullah mengaduh.

Fatimah hanya mampu memejamkan matanay sementara Ali yang duduk di sampingya menundukkna kepala semakin dalam, Jibril pun memalingkan muka

Di luar rumah pintu tangis mulai terdengar bersahutan sahabat saling berpelukan.Fatimah menutupkan tangan di wajahnya dan Ali kembali mendekatkan telinganya ke bibir Rasulullah yang mulai kebiruan.
"uMMati sebanyak 3 kali kedegaran dan berakhirlah hidup manusia mulia yang memberi sinaran kemuliaan itu...



K'



Monday, August 16, 2010

Pemerhatian Lawatan Tapak di Pinggir Bandar Johor Bharu

Jika dilihat dari segi pemerhatian yang dibuat sepanjang lawatan di sekitar jusco,pekan Gelah Patah,Pusat Pentadbiran negeri johor,tesco.jelas menunjukkan perubahan yang ketara terutamanya di kampung -kampung pinggir johor bharu,jelas menunjukkan perubahan fizikal akibat daripada pembangunan sebagai contoh pekan gelah patah yang dahulunya pekan kecil kini bertukar menjadi pekan bandar yang mempunyai segala kemudahan yang lengkap,infrastruktur yang moden di samping termasuk dalam wilayah iskandar.

Selain itu juga,lawatan juga menjurus di kampung lima kedai,di sana menunjukkan pencampuran jenis perumahan iaitu rumah kampung dan rumah teres,kesan ke atas tanah yang dipajak oleh penduduk kampung memberi kesan terhadap penduduk asal yang telah menetap di kg tersebut sejak sekian lama.Kg itu juga termasuk dalam projek pembangunan wilayah dimana pembangunan mungkin akan dilaksanakan tidak lama lagi.Apakah nasib penduduk kg tersebut selepas ini.sama kt fikirkan sebagai jururancang bandar

Monday, August 2, 2010

urban sprawl






Apabila kita membincangkan tentang pegembangan
bandar,semestinya sebahagian pemikiran terarah kepada bentuk pembangunan yang hanya berpandukan keaddan fizikal semata-mata tanggapan ini mungkin hanya pada segilintir di kotak pemikir yang tidak mengenal ap itu pegembangan bandar secara kolektif.Pada pandangan saya
sebagai pelajar yang mendalami ilmu pembandaran dan perancangan semestinya tahu apa itu pegembangan bandar.Di sini bagi skop pndangan saya menjerus
kepada pembangunan yang disebabkan oleh beberapa faktor antaranya disebabkan pembangunan institusi,komersial,industri dan dan perumahan.
Pembangunan perkembangan di bandar ini adakah mempengaruhi pembangunan diluar bandar,adakah kesinambungan rebakan ini dapat melonjakkan ekonomi di luar bandar,ini menjadi persoalan permasalahan bagi jururancang bandar di
Malaysia secara khususnya.Bagaimana pula solusi yang tepat bagi masalah ini? ini menjadi topik yang popular yang hendak di ketengahkan masa ini.
Mungkin bagi segolongan yang mempunyai pandangan yang menentang perubahan ini menganggap perubahan ciri fizikal dan imej dari aspek pembangunan bandar ini akan menjejaskan kekangan terhadap kawalan alam sekitar itu sendiri.bagi

Jururancang yang sedang mengikuti permasalahan ini boleh mengutarakan masalah ini dengan rasionalnya dan memberikan respon yang positif tentangnya.

Friday, July 23, 2010

reka bentuk bandar dan senibina


Reka bentuk bandar memberi tumpuan terhadap aspek-aspek fungsi dan estetika alam bina sesebuah Bandar Raya. Faktor estetika yang pada tradisinya mendapat perhatian reka bentuk bandar akan lebih bermakna apabila digandingkan dengan pertimbangan pertimbangan lain bagi mewujudkan persekitaran yang berpandangan nyaman, mudah, selesa dan dapat membangkitkan rasa ketempatan, kebanggaan dan kekitaan. Usaha-usaha dan aktiviti reka bentuk bandar boleh menjurus kepada pembentukan satu rangka kerja dasar dan garis panduan yang boleh mewujudkan persekitaran hidup yang diingini dan imej serta identiti bandar raya yang sewajarnya.

Sebelum kita bincangkan tajuk ini pendekatan yang dibuat bagi menimbulkan rase penghayatan dalam konteks reka bentuk bandar di malaysia.apakah senario yang berlaku kepada perubahan imej pembandaran selepas mengalami perubahan kemajuan teknologi,arus permodenan yang berterusan..