Utm DihatiKu

Powered by Blogger.
RSS

Friday, July 23, 2010

reka bentuk bandar dan senibina


Reka bentuk bandar memberi tumpuan terhadap aspek-aspek fungsi dan estetika alam bina sesebuah Bandar Raya. Faktor estetika yang pada tradisinya mendapat perhatian reka bentuk bandar akan lebih bermakna apabila digandingkan dengan pertimbangan pertimbangan lain bagi mewujudkan persekitaran yang berpandangan nyaman, mudah, selesa dan dapat membangkitkan rasa ketempatan, kebanggaan dan kekitaan. Usaha-usaha dan aktiviti reka bentuk bandar boleh menjurus kepada pembentukan satu rangka kerja dasar dan garis panduan yang boleh mewujudkan persekitaran hidup yang diingini dan imej serta identiti bandar raya yang sewajarnya.

Sebelum kita bincangkan tajuk ini pendekatan yang dibuat bagi menimbulkan rase penghayatan dalam konteks reka bentuk bandar di malaysia.apakah senario yang berlaku kepada perubahan imej pembandaran selepas mengalami perubahan kemajuan teknologi,arus permodenan yang berterusan..





4 comments:

  1. Dari awal penyediaan pelan perlu ditekankan kepada kualiti design - mengambilkira keselesaan, keselamatan dan estatik. Alam binaan, alam gubahan dan alam semulajadi perlu seimbang. Well said Shahrul.

    ReplyDelete
  2. reka bentuk bandar dan senibina melambangkan konsep dan identiti yang ingin dicapai oleh sesebuah bandar atau kawasan. Namun begitu,berdasarkan persoalan yang diutarakan oleh sharul,sy rase nilai estetika dan fungsi sesebuah bandar itu akan hilang ditelan kemajuan pembangunan kerana lebih mengutamakan konsep permodenan. Blh shrul berikan pndpt kamu sndri mngenai persoalan tersebut??

    ReplyDelete
  3. perubahan teknologi mmg benar menjadi faktor tentang perubahan reka bentuk bandar pada masa kini..pemaju hanya ingin mempamerkan kecantikan senibina bangunan dari segi fizikal bangunan itu sendri sahaja dan igin mengikut arus permodenan semasa tanpa mengambilkira faktor2 lain..keadaan ini menyebabkan imej bandar mengalami transformasi dan seterusnya hilang kriteria dan imej2 bandar tradisional yg sedia ada..kenapa tidak kita gunakan kemajuan teknologi dengan mengekalkan senibina rekabentuk bandar yang sedia ada daripada kita mencipta imej bandar mengikut acuan daripada imej yang dikatakan moden hingga imej bandar kita sendri yang hilang diarus pembangunan..

    p/s: yang berada didepan mata hendaklah dihargai dan dipelihara sebaik2 nya daripada hilang selama2nya..

    ReplyDelete
  4. saya setuju dengan saudara shahrol,pada pendapat saya reka bentuk bandar dan senibina sangat penting untuk sesebuah kawasan.sebagai contoh bandaraya Melaka yang mempunyai ciri-ciri reka bentuk bandar dan senibina yang pelbagai yang menjadi mercu tanda sebagai kawasan bandar bersejarah.Reka bentuk bandar dan senibina melambangkan identiti sesebuah kawasan dan perlu la h dipelihara supaya tidak lapok dihujan tidak lekang dipanas.

    ReplyDelete