Utm DihatiKu

Powered by Blogger.
RSS

Monday, August 16, 2010

Pemerhatian Lawatan Tapak di Pinggir Bandar Johor Bharu

Jika dilihat dari segi pemerhatian yang dibuat sepanjang lawatan di sekitar jusco,pekan Gelah Patah,Pusat Pentadbiran negeri johor,tesco.jelas menunjukkan perubahan yang ketara terutamanya di kampung -kampung pinggir johor bharu,jelas menunjukkan perubahan fizikal akibat daripada pembangunan sebagai contoh pekan gelah patah yang dahulunya pekan kecil kini bertukar menjadi pekan bandar yang mempunyai segala kemudahan yang lengkap,infrastruktur yang moden di samping termasuk dalam wilayah iskandar.

Selain itu juga,lawatan juga menjurus di kampung lima kedai,di sana menunjukkan pencampuran jenis perumahan iaitu rumah kampung dan rumah teres,kesan ke atas tanah yang dipajak oleh penduduk kampung memberi kesan terhadap penduduk asal yang telah menetap di kg tersebut sejak sekian lama.Kg itu juga termasuk dalam projek pembangunan wilayah dimana pembangunan mungkin akan dilaksanakan tidak lama lagi.Apakah nasib penduduk kg tersebut selepas ini.sama kt fikirkan sebagai jururancang bandar

13 comments:

  1. kesian kat kampung yang kene pajakkan tanah dorang semata2 utk rizab pembangunan. dorang kene pindah,..tinggal kan segala kenangan n tempat asal dorang tu..kalau duduk kat kawasan perumahan baru yang bakal dibuat utk dorang(org kg) x semestinya dorang selesa sepertimana dengan keadaan hidup dorang sekarang,..

    ReplyDelete
  2. Masih banyak idea-idea yang boleh diterokai. Di barat kesedaran telah lama berlaku dan urban sprawl telah dikawal dengan perlaksanaan 'urban growth boundary','smart growth', Transit village, Urban village dsb. Kita perlu ada planners yang betul-betul prihatin mengenai masa depan bandar kita. Konsep&kaedah pembangunan fizikal di Malaysia perlu dipertingkatkan..

    ReplyDelete
  3. penduduk kampung sebenarnya tidak berpuas hati dengan pembangunan yang sedang dijalankan dan telah dibangunkan. ianya memberi impak yang besar kepada mereka dan menjadikan kampung yang ada sebgai kampung dalam bandar dengan wujudnya pembangunan yang pesat di kawasan mereka.

    ReplyDelete
  4. Tapi di Pekan Lama Gelang Patah berhampiran stesen bas dan teksi,kita masih dapat lihat kawasan perumahan kampung yang terbiar dan tidak terurus.Macam mana ea kita nak atasi masalah tersebut?...xkn kita sebagai planner menghapus terus kawasan tersebut dengan bina petempatan baru..Saya rasa penduduk xnk kot sebab walau macam mana pm dorang terpaksa bayar ..sedangkan dorang xmampu..

    ReplyDelete
  5. bersetuju dengan hasliza, sy berpendapat pembangunan sepatutnya tidak mengamalkan konsep 'demolished and build back'. jika konsep ini diamalkan, dimana letaknya warisan dan sejarah sesuatu tempat yang mungkin pada kita tiada makna, tetapi, pada penduduk tempatan amat besar makna tempat tersebut.

    ReplyDelete
  6. pada saya dikawasan Pekan Gelang Patah keadaan di situ tidak maju.Aktiviti perniagaan dikawasan itu tidak beberapa memberangsangkan.Ini mungkin di sebabkan banyak penduduk lebih tertupu untuk berberlanja di tempat lain seperti di Bukit Indah.Ini kerana banyak aktiviti perniagaan di jalankan seperti jusco,tesco,giant dan lain-lain kerana mempunyai banyak pilihan.

    ReplyDelete
  7. salam, diba bersetuju dgn dr anuar..kaedah dan konsep kita perlu dipertingkatkan.. pelaksanaan perlu diketatkan.

    ReplyDelete
  8. Bagi saya perubahan pembangunan yang ketara terhadap kampung-kampung pinggir Johor bukanlah sesuatu yang harus dibanggakan. Kerana ianya hanya memberi kesan yang baik kepada kawasan yang baru dibangunkan sahaja. Kawasan kampung masih lagi seperti keadaan yang lama.

    ReplyDelete
  9. sememangnya pajakan tanah adalah nilai yang perlu oleh penduduk di pinggir bandar atas nama pembangunan. memang perkara tersebut tidak dapata dielakkan bagi mengunah dan meningkatkan taraf hidup masyarakat setempat namun pihak berwajib haruslah mengambil langkah yang sepatutnya bagi mengatasi masalah yang dihadapai oleh penduduk asal yang telah membayar nilai untuk sebuah pembangunan.

    ReplyDelete
  10. Memang kesian jika tanah yang dah lama mereka diami perlu dipajak atau dijual kepada kerajaan bagi aktiviti pembangunan..Namun,penduduk terpaksa akur di atas masalah tersebut dengan jaminan mereka bakal memperoleh kediaman yang lebih baik dan sempurna...waaubgaimanapun,apbla sdah brpindah ke tmpt lain,sdh pastinya 'sense of place' itu sudah tidak sama dengan kampung asal mereka..sebab itulah,prinsip2 di dalam Smart Growth perlu diamalkan...

    ReplyDelete
  11. setuju dengan faizah. Kalau wujudnya pembangunan perumahan yang baru , yang lebih moden dan selesa, mungkin penduduk yang tinggal lame kat kampung tidak selesa dengan kehidupan baru tersebut. Kehidupan baru tersebut mungkin akn lebih memberi tekanan kepada mereka terutama dari segi peningkatan taraf hidup yang tinggi sedangkan mereka tidak mampu menampungnya.

    ReplyDelete
  12. Saya rasa kampung tersebut akan hilang apabila pembangunan telah mula dilaksanakan di kawasan tersebut. Nama hanya tinggal nama dan akhirnya orang ramai akan melupakan kewujudannya yang suatu masa dahulu banyak menyimpan banyak kenangan kepada penduduk yang pernah menetap di kampung itu. Tidak mustahil juga kerajaan akan menaiktarafkan kawasan tersebut dengan membina lebih banyak perumahan kos rendah seterusnya dapat mengubah imej kampung tersebut ke arah yang lebih baik berbanding dulu

    ReplyDelete
  13. pemaju berminat untuk membangunkan kawasan pingir bandar ini sebab nilai tanah kawasan tersebut murah berbanding dengan kawasan2 maju lain..jadi nak tak nak mereka akan melibatkan petempatan penduduk kampung sediada..mmg betul penduduk kampung ini akan diberi pampasan dan tempat tinggal yang baru atpi adakah sama nilai dengan tanah mereka yang telah didiami sejak dahulu lg..pemahaman budaya dan kehendak masyarakat setempat perlu dilihat oleh perancang kini..

    ReplyDelete