Utm DihatiKu

Powered by Blogger.
RSS

Monday, October 11, 2010

Pengalaman sepanjang soal selidik

Sepanjang melakukan kajian soal selidik di jalan Chamang 12 dan 13 banyak pengalaman menarik yang diperolehi antaranya akan diceritakan sebagai salah satu coretan diari sepanjang menjalankan "survey".
Menjalankan "survey"di rumah kos rendah di sekitar Perling.Tentunya jika melakukan sebarang kajian di bandar besar akan timbul masalah yang di hadapi oleh kami iaitu tidak mendapat kerjasama yang sewajarnya dari penduduk setempat,waktu yang tidak sesuai untuk menjalankan "Survey" serta cara mengawal dan memulakan sesi "survey"berlainan jika hendak di bandingkan dengan kawasan kampung.

Persoalan ini mungkin menjadi perkara topik dalam mengutarakan kajian ini.Pertamanya bermula dengan "survey"di jalan Chamar lama,jika saya lihat keadaan semasa di kawasan apartment kos rendah tersebut dapat digambarkan bahawa keadaan sekeliling yang kurang bersih serta selenggaraan kawasan tempat tinggal jauh ketinggalan jika hendak dibandingkan dengan kemajuan yang dikecapi di Johor Bharu.

Bermula dari rumah ke rumah yang disoal selidik banyak perkara baru yang di pelajari antaranya respon tuan rumah dengan saya yang tidak menyenangkan..Tidak menggunakan bahasa yang baik,layanan yang kurang baik bagi sesetengah rumah.ada juga rumah yang memberi layanan baik sebahagiannya rumah kosong dan tuan rumah yang keluar bekerja.

Tetapi dalam banyak-banyak rumah disoal selidik ada sebauah rumah yang istimewa yang kami kunjungi..(hehehe)..best gile dapat bertandang ke rumah seorang suri rumah yang bermurah hati menjemput untuk beraya di rumah mereka(masih dalam bulan Syawal,k)dengan layanan yang saya anggap cukup baik,respon terhadap yang sangat memuaskan..tidak lupa juga sempat memberi duit raya(haha rm 10 banyak tue)..Kenangan sepanjang soal selidik memberi gambaran situasi yang dihadapi oleh saya dan rakan-rakan yang banyak memberi pengajaran yang berguna dalam menghadapi situasi realiti dalam menjalankan soal selidik.Tidak lupa juga status hidup,ekonomi dan kesuntukan masa menyebabkan wujudya masalah di kalangan rumah kos rendah..sekian terima kasih...Assamualaikum...

1 comment: